Sunday, 31 May 2015

29.05.2015 merupakan hari terakhir untuk Jalinan Masyarakat. Pada hari tersebut, kami telah membuat pembentangan dan juga menghantar laporan bertulis. Semasa pembentangan, semua pelajar terlibat. Segala persiapan untuk slides show dan juga laporan bertulis kami siapkan bersama. Segala pembahagian kumpulan dilakukan oleh ketua kumpulan kami iaitu, Meng Joo. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan tugas ini sehinggalah ke penghujungnya terutamanya kepada Prof. Madya Dr. Makmor Tumin yang banyak memberi bantuan dan bimbingan kepada kami, Meng Joon yang telah  menjalankan tugas sebagai ketua dengan baik sekali dan juga semua ahli kumpulan yang terlibat. Aktiviti ini telah merapakatkan lagi hubungan antara kita semua dan semoga ianya berkekalan selamanya. Aktiviti ini juga telah memberi seribu satu pengajaran dan pengalam yang bermakna kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment