Family Day dengan SOKUZA
Pada hari ini, datanglah lebih ramai kawan kita berbanding dengan hari pertama program kita. Dari tajuk ini, kita menganggap kita semua adalah sekeluarga dalam masyarakat ini. Kita Serupa!!!
Terdapat banyak aktiviti terutamanya pertandingan permainan telah disediakan untuk kita semua. Contohnya, teka-teki, secret box, pertandingan melukis dan lain-lain lagi.
Pagi-pagi lebih kurang pukul 9.30am, kita telah sampai ke tasik varsiti untuk menjalankan aktiviti. Malangnya, turunnya hujan dan kita bergerak ke Gazebo, KPS. Walaupun hanya bersinggah di Tasik Varsiti masa yang amat singkat, tetapi ini adalah satu peluang untuk saya menikmati keindahan Tasik Varsiti ini. Haha... Bila hujan, kita juga bekerjasama untuk membantu kawan kita untuk bergerak ke Gazebo.
Dalam sesi permainan, kita semua dibahagi kepada 4 kumpulan. Kita semua amat enjoy bermain dengan gembira. Sesi yang paling menarik perhatian saya adalah pertandingan melukis. Salah satu ahli kumpulan kita memberi arahan tentang apa yang harus dilukis dan para pelukis terpaksa untuk menutup mata semasa melukis. Ini adalah satu pengalaman yang berharga kepada kita untuk merasai apa-apa yang dihadapi oleh kawan kita yang tidak dapat menikmati keindahan dunia ini. Atas bantuan ahli lain, semua kumpulan berjaya melukis megikut arahan.
Walaupun hanya 2 jam lebih kita bermain bersama, tapi moment-moment ini adalah yang paling penting dalam program ini. Kita harus mencurah kasih sayang dengan hati yang ikhlas kepada para kawan kita. Terima Kasih kamu semua!!!
Daripada : Yap Chee Aik

No comments:
Post a Comment