Wednesday, 27 May 2015

OKU JUGA MANUSIA BIASA..



Kehidupan manusia semuanya berbeza dari pelbagai sudut. Kadang-kadang ujian yang tuhan berikan amat berbeza bagi setiap manusia. Kelebihan dan kekurangan yang kita ada bukanlah satu penghalang besar untuk kita menjalani kehidupan seharian kita. Kita melihat kekurangan yang ada pada rakan-rakan OKU sehingga kita terlupa kekurangan yang kita sendiri juga ada. Pengalaman saya bersama rakan-rakan OKU membuka mata dan memberi kesedaran kepada kita yang juga manusia biasa bahawa tiada siapa yang sempurna. Kelebihan yang kita ada juga perlu disalurkan kepada mereka yang memerlukan termasuklah rakan-rakan OKU kita ini. Pendedahan maklumat dan pemberitahuan mengenai rakan-rakan OKU juga harus diperluas kerana kita serupa. Definisi OKU itu sendiri perlu didedahkan kepada masyarakat dan mahasiswa supaya mereka lebih cakna akan nasib dan kehidupan golongan ini.



NOR HIDAYAH BINTI ISNIN

No comments:

Post a Comment