Pengalaman bersama rakan-rakan OKU adalah satu pengalaman yang cukup hebat bagi saya.
Bermulanya pada hari Jumaat, 8 Mei 2015, kami sekumpulan berkumpul di bilik Sri Jati bersama-sama dengan rakan-rakan OKU yang lain. Kami berpeluang mendengar sedikit perkongsian dari En. Firdaus tentang OKU. Melalui apa yang telah En. Firdaus sampaikan, terlalu banyak perkara yang selama ini telah kita salah faham tentang rakan-rakan OKU.
Antara salah satu perkara yang tidak boleh saya lupakan ialah sewaktu En. Firdaus bertanyakan kepada kami, apakah pandangan jujur kami terhadap rakan-rakan OKU.
"Berdikari, tabah, gembira, cekal" adalah di antara jawapan yang kami berikan.
Lalu En. Firdaus berkata, sebenarnya sifat-sifat yang kami nyatakan itu adalah sifat-sifat normal untuk orang biasa. Itu juga menunjukkan bahawa rakan-rakan OKU itu sebenarnya, sama seperti kami yang lain. Apa yang membuatkan mereka dipandang berbeza adalah sebenarnya disebabkan keadaan sekeliling itu sendiri.
Selepas itu, kami juga berkesempatan berkenal-kenalan dengan rakan-rakan OKU yang lain. Keceriaan. gurau senda mereka, sama seperti kita semua. Mereka juga tidak pernah menolak untuk berkongsi pengalaman hidup mereka.
Aktiviti kami diakhiri dengan sesi mempelajari tulisan braille dari rakan-rakan OKU. Kemahiran mereka menggunakan mesin braille membuatkan kami seperti anak kecil yang baru mula belajar. Rakan-rakan OKU sangat bersungguh-sungguh mengajar kami membuatkan kami berpeluang menulis nama kami menggunakan mesin braille dengan lancar walaupun belajar dalam tempoh masa yang singkat.
Mereka..
Sama seperti kita.
-Ummu Jannah Muhammad





No comments:
Post a Comment