Selain dari aktiviti-aktiviti yang kami lakukan bersama rakan-rakan OKU, kami juga diberi peluang untuk membantu mereka dalam bidang pembelajaran. Seperti saya, rakan OKU kami yang bernama Jia Hui telah meminta pertolongan untuk mengedit semula
soft copy untuk sebuah buku yang bertajuk Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Ini adalah kerana setelah mereka
scan isi kandungan buku ini, tidak 100% daripadanya tepat kerana terdapat beberapa perkataan yang tak dapat dibaca
scanner malah terdapat sedikit sebanyak kesalahan ejaan dan tatabahasa.
Setelah isi kandungannya telah diedit dan dibetulkan kesalahan ejaan dan tatabahasa, barulah mereka dapat menaip semula isi kandungan buku tersebut dalam tulisan braille.
Begitu tabah dan sabar mereka semata-mata untuk ilmu. Walaupun terlalu banyak proses untuk mendapatkan bahan bacaan dengan baik, mereka tidak pernah berputus asa untuk terus memenuhi ilmu dalam diri mereka.
Dari situ, saya terfikir bahawa kadangkala kami yang boleh dikatakan cukup anggota badan ini pun belum tentu dapat menjadi seorang yang tabah dan sabar seperti mereka. Pengalaman-pengalaman seperti ini lah yang tak mungkin dapat dijual beli.
Mereka.. Sama seperti kita.
-Ummu Jannah Muhammad
No comments:
Post a Comment