Pada hari kedua kami bersama dengan rakan-rakan OKU, kami mengadakan lebih banyak interaksi dengan mereka berbanding hari pertama. Pada hari tersebut kami banyak bermain permainan-permainan yang menyeronokkan seperti 'teka barang dalam kotak', 'kotak beracun', melukis lain lain. Permainan itu bukan sahaja menyeronokkan malah ada mesej yang disampaikan disebaliknya. Contohnya seperti permainan 'Teka Barang dalam Kotak' memberi pengalaman kepada kami bagaimana selama ini rakan-rakan OKU merasai kewujudan sesuatu barang hanya dengan merasa tekstur barang tersebut. Selain itu, kami juga dapat melihat bakat-bakat melukis rakan-rakan OKU melalui permainan lukisan.
Selama ini, mungkin kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan sendiri, kami tidak dapat meluangkan masa bersama mereka. Tetapi selepas program ini dijalankan saya berharap akan banyak lagi program bersama mereka akan dilakukan. Senyuman dan gelak tawa mereka itu sebenarnya salah satu kekuatan dan motivasi buat kami untuk terus berjaya.
Mereka..
Sama seperti kita.
-Ummu Jannah Muhammad
No comments:
Post a Comment