Saturday, 16 May 2015


8 Mei 2015 merupakan hari pertama bagi kami beramah mesra  bersama dengan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang menetap di kolej kediaman ke-7 (Za’ba). Antara aktiviti menarik yang kami lakukan bersama adalah sesi interaksi.Tujuan utama aktiviti ini dilakukan adalah bagi merapatkan lagi hubungan sesama kami. Semasa sesi interaksi tersebut kami di bahagikan kepada dua kumpulan. Setiap ahli kumpulan diminta untuk memperkenalkan diri seperti nama, asal, cita-cita dan banyak lain. Dengan ini kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.



 Aktiviti kedua adalah sesi ceramah bersama En. Mohd Firdaus Bin Abu Hassan. Banyak input yang kami peroleh melalui sesi ceramah ini. Banyak informasi baru yang dikongsikan oleh En. Firdaus kepada kami. Antara kata-kata En. Firdaus yang masih segar dalam ingatan saya adalah “Kekurangan pada seseorang bukan penyebab untuk tidak sempurna”. Kita sebagai manusia normal seharusnya memberi sokongan dan dorongan kepada OKU untuk mencapai impian mereka.




 Oleh : Nurapni Binti Juraini

No comments:

Post a Comment