Sunday, 31 May 2015
Pada 09.05.2015, saya telah menjalankan aktiviti reader bersama salah seorang pelajar OKU iaitu saudara Yusri. Semasa aktiviti ini saya telah meluagkan masa selama tiga jam bersama beliau bermula dari jam 10.00 pagi sehinggalah jam 1.00 petang di Bilik Seri Jati, Kolej Kediaman Ketujuh (Za'Ba). Sepanjang aktiviti ini saya membantu beliau menterjemah perkataan inggeris kepada bahasa melayu. Saya membantu beliau menterjemah perkataan dan beliau akan menaip semua maksud perkataan yang saya telah terjemahkan kepada bahasa melayu. Ini adalah sebagai persiapan kepada beliau bagi menghadapi ujian yang akan diduduki oleh beliau. Aktiviti ini sememangnya memberikan kesedaran kepada saya bahawa bahawa kita sebagai manusia normal hendaklah bersyukur dengan nikmat pemberian daripada tuhan dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. -Nurapni Binti Juraini-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment