8/5/2015
Ceramah Motivasi
- Pegawai Eksekutif SKK OKU, En. Fidraus.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Fidraus atas nasihat dan pendapat beliau yang istimewa dan berharga. Ceramah motivasi ini memang memberi manfaat yang banyak kepada kami semua. Mula-mulanya, En. Fidraus menjelaskan apa itu ketidakupayaan. Ketidakupayaan ini boleh dijelaskan dari dua segi, iaitu segi individual dan social. Dari segi invidual, OKU sentiasa dianggap sebagai individual yang sentiasa memerlukan bantuan daripada orang lain, negatif dan adalah tidak sama dengan orang biasa. Manakala, dari segi social, OKU adalah dikatakan seperti orang biasa dan mempunyai peluang yang sama bagi semua perkara. Dari segi ini, OKU dianggap boleh melakukan apa-apa sahaja jika mereka berusaha dan berdikari dalam kehidupan mereka. Selain itu, En. Fidraus juga memberi contoh dan situasi OKU dalam melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan harian OKU. Sebagai contoh, seorang budak perempuan yang berkerusi roda ingin membeli anak patung yang dalam promosi hebat. Namun, dia tidak dapat masuk ke dalam kedai tersebut kerana ada tangga yang tinggi di hadapannya. Dari segi individual, masalahnya adalah disebabkan dia tidak dapat berjalan. Manakala, dari segi social, masalahnya adalah disebabkan oleh tangga tersebut. Bukan dia tidak berani atau berusaha untuk masuk ke dalam kedai, tetapi persekitaran yang menyebabkan masalah ini wujud. En. Fidraus membuat kesimpulan bahawa segala masalah yang dihadapi oleh semua orang, sama ada yang menghadapi kecatatan atau tidak, hanya disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu persekitaran dan sikap diri sendiri.
Hari ini memang menimba ilmu pengetahuan yang banyak selepas ceramah motivasi tersebut dan mendapat perspektif yang lain terhadap kawan-kawan OKU.
Kesimpulannya, dalam pendapat saya, jika seseorang enggan belajar, maka dia akan menjadi OKU. Contohnya, jika seseorang enggan belajar untuk berjalan, adakah dia dapat berjalan? Manakala, jika seseorang sangat berusaha dalam belajar sesuatu, pastinya dia dapat melakukan perkara tersebut walaupun menghadapi masalah kecatatan.
Terima kasih.
Daripada Jason


No comments:
Post a Comment